Rindu

Aku rindu
Kepada matahari
Yang tersenyum bahagia

Aku rindu
Kepada angin
Yang menyanyi jenaka

Aku rindu
Kepada air
Yang bergoyang ria

Aku rindu
Kepada api
Yang berdiri perkasa

Aku rindu
Kepada tanah
Yang bergetar bijaksana

Aku rindu
Kepada langit
Yang tak lagi meneteskan air mata



Aku rindu
Kepada dunia
(Dengan kebohongan-kebohongan indahnya.)